Tunai Zakat

Kira dan Bayar Zakat Mata Wang Kripto Anda di Sini

Zakat Mata Wang Kripto

Kongsi:

Kalkulator Kira Zakat Mata Wang Kripto

Zakat Kripto
RM
RM
RM
RM
Wajib Zakat

Anda selangkah ke arah membantu asnaf. Nisab semasa ialah RM 42,047.00.

Wajib Zakat

Anda selangkah ke arah membantu asnaf. Nisab semasa ialah RM 42,047.00.

Anda tidak dikenakan zakat

Jumlah anda belum mencapai nisab semasa iaitu RM 42,047.00.

Anda tidak dikenakan zakat

Jumlah anda belum mencapai nisab semasa iaitu RM 42,047.00.

Penerangan

Mata Wang Kripto adalah Mata wang yang dicipta berasaskan teknologi Blockchain dan teknologi digital.

Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 17 Ogos 2021 yang telah memutuskan bahawa hukum menjalankan urus niaga menggunakan mata wang digital sama ada sebagai perantara pembayaran (medium of payment), pemindahan wang (remittance)
dan aset simpanan adalah HARUS.

Hukum Mata Wang Kripto

  • Mata wang kripto dan aset digital adalah termasuk dalam kategori harta kerana ia mempunyai sifat ‘al-Mutaqawwim’ (mempunyai nilai) dan diwajibkan zakat berdasarkan dalil-dalil umum kewajipan zakat terhadap harta.
  • Mata wang kripto adalah bukan wang (legal tender) sama ada di sisi syarak ataupun undang-undang, namun ianya dikategorikan sebagai aset pelaburan atau sekuriti berdasarkan kepada Warta Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian Kewangan.
  • Kewajipan mengeluarkan zakat ini tidak terhad kepada mata wang kripto dan aset digital yang diurusniagakan di platform dagangan (Digital Asset Exchange) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Senarai Mata Wang Kripto

Senarai Platform Dagangan Aset Digital (DAX) Yang Berdaftar Dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

Soalan Lazim

Kaedah Pengiraan Zakat Mata Wang Kripto

Unit mata wang kripto dan aset digital X harga semasa (hujung haul) X 2.5% = Jumlah Zakat

Contoh : Encik Ali memiliki 0.2 unit Bitcoin (BTC) yang telah mencukupi haul. Harga semasa 1 unit BTC adalah bersamaan RM258,107.

Jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Encik Ali bagi tahun 2021 adalah:

0.2 unit x RM258,107 x 2.5% = RM1,290.54

[ Unit mata wang kripto dan aset digital X harga semasa (hujung haul) ]
Kira bagi setiap mata wang kripto yang dimiliki. Jumlahkan Keseluruhan

Jumlah Keseluruhan Mata Wang Kripto yang dimiliki X 2.5% = Jumlah Zakat

Contoh : Encik Ahmad memiliki 0.3 unit BTC, 0.5 unit ETH dan  yang telah mencukupi haul. Harga semasa 1 unit BTC adalah bersamaan RM344,116.91, 1 Unit ETH adalah bersamaan RM19,058.33 .

Jumlah zakat yang perlu dibayar oleh Encik Ahmad bagi tahun 2024 adalah:

BTC 0.3 unit x RM344,116.91 = RM103,235.075
ETH 0.5 unit x RM19,058.33 = RM9529.165

Jumlah Keseluruhan = RM112,764.24

RM112,764.24 x 2.5% = RM2,819.11

Jika anda perlukan bantuan pengiraan Zakat Kripto, boleh klik link ini wasap.my/+601114312979/kirazakatkripto

Scroll to Top